Friday, January 29, 2010

aper motif sebenar kita menuntut ilmu...

Untuk apakah kita menuntut ilmu? Adakah untuk belajar-belajar dan suka-suka saja? Adakah untuk menghadapi peperiksaan? Adakah untuk mendapatkan sijil atau ijazah? Adakah untuk mendapatkan pekerjaan? Barangkali ada yang menjawab keempat-empat itu semua. Kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Tapi, rata-rata yang akan menjawab ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

Cuba kita fikir balik, untuk apakah kita menuntut ilmu sebenarnya? Kebanyakan pelajar-pelajar dan siswa-siswa kini, fokus mereka menuntut ilmu hanyalah untuk menghadapi peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan pada hari kemudian supaya dapat hidup senang. Walaupun tidak dinafikan, ada di antara mereka yang menuntut ilmu dengan sebenar-benarnya dan sangat bersungguh-sungguh. Ini merupakan perkara yang baik.

Tetapi makna menuntut ilmu yang sebenarnya sekarang ini perlulah diperbetulkan semula. Kerana ada ramai lagi pelajar yang tidak tahu akan sebenarnya mereka menuntut ilmu. Mereka masih lagi keliru untuk apakah kita menuntut ilmu. Untuk apakah mereka menghadapi peperiksaan jika kebanyakan mereka selepas peperiksaan sudah lupa segala apa yang telah dipelajari? Untuk apakah siswa-siswa memasuki universiti jika sekadar hendak mendapatkan segulung ijazah tetapi selepas keluar daripada universiti, sudah tiada rasa lagi hendak menuntut ilmu kecuali kalau mereka hendak menjadi guru, pensyarah, penulis ataupun pemikir. Ada juga selepas keluar universiti, mahu sangat memilih kerja, hanya mahu mendapat kerja dari kelayakan bidang yang mereka pelajari.

Sebenarnya, dari sekolah lagi mereka telah diajar supaya menghafal saja segala pelajaran yang telah dipelajari selepas itu dimuntahkan semula di kertas-kertas jawapan peperiksaan. Sampailah mereka mengalami keadaan yang sama di universiti iaitu menghafal lagi segala maklumat selepas itu kena keluarkan segala apa yang telah dihafal, di kertas-kertas jawapan peperiksaan lagi.

Mereka bukannya mahu memahami ilmu yang telah dipelajari. Kerana fokus mereka hanyalah hendak mendapatkan sijil, ijazah dan kerja. Bukannya fokus kepada memahamkan ilmu. Mereka sebenarnya memang menuntut ilmu tetapi masalahnya tidak mahu memahami ilmu itu. Itulah sebabnya ada juga segelintir pelajar dan siswa yang masih buruk lagi akhlaknya, perangainya, minda masih lagi di tahap rendah sehinggakan sekarang banyak berlaku perkara-perkara sosial yang tidak baik seperti membunuh, mengambil dadah, mementingkan diri sendiri dan sebagainya dan yang terbaru sekarang ini, berlaku pembunuhan pelajar di Mesir. Siapa lagi pembunuhnya kalau bukan pelajar yang dikatakan penuntut ilmu yang mulia yang sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan ilmunya. Tetapi pelajar yang menjadi pembunuh ini bukannya meningkatkan pengetahuan ilmunya malah menurunkan lagi pengetahuan ilmunya.

Semua yang telah berlaku itu sebenarnya bukanlah salah mereka tetapi cara didikan mereka dari rumah dan di sekolah lagi yang telah membentuk peribadi mereka menjadi begitu. Suasana dan persekitaran di sekelilinglah yang akan membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Itulah kesannya kalau tidak faham apa ilmu yang telah dipelajari itu.

Kita menuntut ilmu yang sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Supaya kita dapat lagi meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Dan menuntut ilmu kenalah diniatkan untuk memahami ilmu tersebut supaya kita akan menjadi seorang insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan minda.

Itulah yang telah berlaku di zaman khalifah-khalifah Islam dahulu dan selepasnya sehinggakan mereka dapat melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam, ilmuan-ilmuan Islam dan ulama-ulama yang telah berjasa dan memberikan sumbangan kepada agama ini. Kerana mereka faham apa ilmu yang mereka pelajari, mereka gunakan ilmu itu untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Itulah yang telah berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, Syeikh Al-Albani dan ramai lagi.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata bahawa beliau akan menuntut ilmu dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur, walaupun ketika itu beliau sudah menjadi imam para umat dan ketua.

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".

Hamka juga berkata, jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan. Ini jelas dilihat dalam diri Hamka sebagai seorang ulama, sasterawan, pemikir dan penulis.

Oleh itu, mulai dari sekarang, ubahlah niat sebenar kita menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dengan memahaminya bukan sekadar menghafalnya, tuntutlah ilmu untuk kegunaan dan kebaikan kita dan tuntutlah ilmu untuk menjadi insan berguna, berjasa dan dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara ini. Tuntutlah apa-apa saja ilmu yang bermanfaat yang dari yang ilmu yang penting barulah lepas itu ilmu yang berikutnya iaitu ilmu agama, sejarah, sains, matematik dan sebagainya. Barulah kita akan menjadi manusia yang seimbang ilmunya.

Itulah hakikat dan makna menuntut ilmu yang sebenarnya supaya kita ada mendapat sesuatu hasil yang akan kita petik dari ilmu tersebut untuk kegunaan dan kebaikan kita suatu hari nanti.

Friday, October 9, 2009

Ulasan Khutbah Jumaat-Beruntunglah mereka Yang dagang..

Pada jumaat baru-baru ini,9 okt 2009,khutbah yang disampaikan di Masjid Kg Rhu Muda disampaikan oleh khatib jemputan,dengan usia yang agak muda,dengan tajuk yang diutarakan,amat bertepatan dengan suara seorang khatib muda yang menyampaikan khutbah yang memulakan khutbah dengan membaca hadis Nabi SAW



“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

..Ia bermaksud,islam itu akan dianggap asing dalam masyarakat,dan kesudahannya,mereka yan gmengamalkan islam itu akan dianggap asing,khatib meberi contoh yang kerap berlaku,mereka itu ditertawakan,diasingkan,disindir,dipulaukan,disinis…seseorang,yang memilih untuk berhenti bermain bola,utk meyempurnakan sembahyang maghrib,ketika waktu rakan-rakan sedang asyik sibuk menendang bola,apabila seseorang itu memilih untuk bersendirian,sewaktu rakan-rakan lain sibuk untuk melakukan aktiviti yang bercampur dengan maksiat,memilih untuk menyuempurnakan sembahyang apabila bermusafir bersama rakan-rakan yang lain,dikala orang lain keberatan untuk melakukannya,memilih utuk melarikan diri ,mengasingkan diri apabila rakan-rakan yang lain bercakap benda-benda yang berunsur kemaksiatan,..Kita memilih untuk tidak mahu membuat pinjaman yang berunsurkan riba,lebih rela menggunakan motosikal ataupun kereta buruk….adakah mereka yang,khatib memberi kata-kata peransang,dengan mengulang Sabda Nabi SAW “beruntunglah mereka-mereka yang dagang:…..Wallahuallam

Tuesday, September 8, 2009

pandangan tipikal pemuda terhadap sejarah

SEJARAH SATU SUBJEK ILMU YANG DILABEL MBORINGKAN????
SAPA KATA BORING TU DIA SEBENARNYA TAK FAHAM TAHAP2 PENGAJARAN ILMU NI,
MESTI ADA PERINGKAT2NYA MANA BOLEH BUAT SEMBERONO SAHAJA.
KETULENAN, KESAHIHAN DAN KEJITUAN FAKTA SERTA SUMBER2 SEJARAH YANG DIGUNAKAN ADALAH AMAT PENTING SEKALI.

DI SEKOLAH KITA DILATIH IKUT SAJA, BILA DI TAHAP IPT YANG MENAWARKAN BIDANG INI IA ADALAH ANALITIKAL SEKALI DENGAN KITA DILATIH UNTUK MENILAI SEJARAH ITU BENAR ATAU SUDAH DIPESONGKAN. SATU FAKTA YANG DIUBAH SECARA SONGSANG AKAN MENIMBULKAN KESAN BESAR KEPADA MASYARAKAT.

MELUPAKAN SEJARAH ADALAH SEMACAM KITA MELUPAI AKAN ASAL SUSUR GALUR DIRI KITA, DARI MANA KITA DATANG DAN SIAPA MOYANGKU? PENIPUAN FAKTA DAN PENYELEWENGAN TELAH SEKIAN LAMA KITA TIDAK SEDARI DAN KITA SEKIAN LAMA MENELAN SAHAJA SEJARAH YANG FAKTANYA SUDAH DIPESONGKAN OLEH PENULIS BARAT KE ATAS SEJARAH NEGARA, BANGSA, DAN AGAMA KITA.

BUTA SEJARAH AMATLAH DIKESALI KERANA KITA AKAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH MUSUH YANG CUBA MENGUASAI AKAL KITA DARI APA YANG SEPATUTNYA DICONTOHI. BUKU2 SEJARAH SERINGKALI BERLAMBAK SAMPAI BERHADUK DI RAKNYA. WARISAN BANGSA YANG SERING KALI DIPUTARBELITKAN AGAR KITA TIDAK MELIHAT SEJARAH SEBAGAI SATU PENGAJARAN DARI MASA SILAM DEMI MASA HADAPAN KITA.

BANGSA YANG UTUH DARI SEGENAP SEGI ADALAH BANGSA YANG TIDAK MUDAH MELUPAKAN SEJARAH SILAMNYA KERANA IA ADA IDENTITINYA YANG JELAS SEKALI, TIDAK MUDAH GOYAH DENGAN TIPU HELAH MUSUH SEMUDAH ITU.

YANG PASTI APABILA KITA MENDEKATI SEJARAH IA ADALAH SATU PELUANG KITA MENEROKA MASA SILAM YANG PENUH SUKA DUKA DAN LUASNYA PANDANGAN KITA TENTANG SEKITARAN KITA SEKIAN LAMA. PASAL….SAYA DAH MEROKA DUNIA ARKIB NEGARA KU YANG SEPI INI….RUPANYA INILAH LUBUK MUSUH KITA SEKIAN LAMA TANPA KITA SEDARI, ARKIB YANG MENYIMPAN KHAZANAH NEGARA YANG MENJADI SASARAN PIHAK LAWAN KERANA KITA TELAH MELUPAKAN DARI KEPENTINGAN KITA…..

JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN, JAUH MERANTAU RAMAI KENALAN DITEMUI, MAKA BANYAKLAH PENGALAMAN BERGUNA KERANA IA SATU PELANCONGAN SECARA ILMIAH TANPA BANYAK SEKATAN. MELAKUKAN KAJIAN SAMBIL MELANCONG KE NEGERI ORANG…..OH! BESTNYA……RUGI KAWAN2 KU X MINAT SEJARAH, KERANA….

MENYELAM SAMBIL MINUM AIRLAH GAYANYA

Thursday, September 3, 2009

buat kepada penuntut ilmu....

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..